Ketuanan Melayu  

Posted by wanna in , ,

Assalamualaikum

Dua hari lepas, saya tertarik untuk menghadiri satu diskusi yang diadakan di dewan Majlis Perbandaran Kajang, MPKJ... Tajuk yang dibincangkan dalam forum ini adalah "Polemik Ketuanan Melayu"... Tajuk ini dipilih untuk dibincangkan rentetan daripada isu ketuanan melayu yang semakin hangat marcapada ini sehingga ada sultan juga bangkit mempertahankan nya... Ia juga adalah berkesinambungan dengan satu penulisan oleh Prof. Madya Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin yang anda boleh lihat di sini yang juga di jemput dalam majlis forum ini...

Terdapat 4 orang ahli panel yang terlibat. maaf kerana saya terlepas pandang pula 2 nama ahli panel yang terlibat kerana kelemahan saya sebagai seorang manusia.. berikut adalah yang terlibat dalam forum dihari tersebut :

moderator : Suhaizan Kaiyat

Panelis :
  1- Naib Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semalaysia, GPMS
  2- Yang Berhormat Sabki Yusof (PAS)
  3- Setiausaha Agong Majlis Perundangan Melayu dan Bumiputera, MPM
  4- Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Dalam pusingan yang pertama, moderator bertanya kan kepada semua panelis tentang definisi sebenar "KETUANAN MELAYU"... Apa yang dapat di rumuskan dalam pusingan pertama adalah, Ketuanan Melayu adalah suatu istilah yang kabur.. Di mana tiada mana-mana klausa yang ada dalam perlembagaan yang menyatakan secara jelas apakah itu Ketuanan Melayu dan bagaimana ia sepatutnya dilaksanakan. Ketuanan Melayu adalah perkataan yang disebutkan oleh Allahyarham Tunku Abdul Rahman. 


Menurut S/U MPM, mereka telah berusaha mengumpulkan segala maklumat tentang ketuanan melayu melalui rekod sejarah dan penulisan2 orang terdahulu. Ternyata amat sukar untuk menjelaskan apa sebenarnya yang ingin disampaikan oleh orang melayu melalui Ketuanan mereka ini.. Dikatakan sebelum PRU 12 yang lalu.. tiada pun isu tentang ketuanan melayu. tetapi selepas tsunami politik berkenaan, frasa ini menjadi sangat popular sehinggakan ia terpampang di dada akhbar pelbagai aliran..


Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin menarik semula perhatian perbincangan dengan suatu realiti yang cukup mudah. Tidak kiralah apa pun tafsiran untuk frasa kata KETUANAN MELAYU itu. Tetapi apa yang difahami oleh masyarakat secara umumnya itu lebih utama.. Jika diterjemahkan dalam bahasa inggris, ia ditafsirkan sebagai MALAY SUPREMACY. Pandangan MALAY SUPREMACY sememangnya tertolak dalam Islam kerana ia menyamai fahaman THE CHOSEN RACE bagi orang yahudi. Kerana apa? Kerana kedua nya seolah-olah menganggap bangsa mereka lebih istimewa berbanding bangsa lain. Jika anda menyebut kita mesti mempertahankan KETUANAN MELAYU, saya yakin 90% akan merujuk kepada WAJIBnya orang melayu untuk menjadi BOS di Malaysia ini. Sedangkan Allah telah berpesan dalam Al-Hujuraat ayat 13 :
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). 


Saya rasa setakat ini dulu untuk pusingan yang pertama, saya akan menyambung dalam post yang lain pula.. Sebagai seorang individu Islam, perlunya untuk kita menyemak semula diri ini, bangsa ini, dan negara ini. Dengan apa yang telah kita perjuangkan selama ini, adakah ia selari dengan Islam? Dan saya pasti... anda semua (x kira bangsa) dapat merasa natijahnya sekarang... 


"Ayuh mendasarkan Islam"

isu sensitif dalam Islam..  

Posted by wanna in ,

Assalamualaikum...

huh.. kali ni terasa nak cakap pasal isu sensitif plak.. bukan saya nak buka isu snsitif.. lain sket.. :)

Di Malaysia.. frasa isu snsitif di gunakan bagi kita mengenal pasti isu-isu yang mungkin boleh menyinggung hati, emosi dan perasaan sesetengah rakyat Malaysia.. terma yang disukai kerajaan dan dipertikaikan oleh pembangkang yang mempertahan hak-hak bersuara...

kedua-dua pemikiran ada betulnya.. tapi mari kita lihat bagaimana Islam menangani isu ini... tak mahu singgung orang , jaga ketenteraman

dalam Islam.. kita dilarang membuka aib.. tidak kiralah aib orang lain mahupun aib diri sndiri... Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang Allah telah tutup aib mreka di malam hari kemudian mereka membukanya dan bermegah-megah dengannya (maksiat).. 

dalam islam juga kita di ajar untuk menjaga percakapan agar tidak menyinggung orang lain.. bahkan kita ditegah melintaskan sesuatu di dalam hati jika lintasan itu boleh menyinggung orang lain..

 kita juga di ajar untuk bertanggung jawab dalam stiap apa yang kita katakan...

bayangkan.. jika semua orang mengamalkan apa yang disarankan dalam 3 hal di atas... kita mungkin tidak perlu mewujudkan frasa isu-isu sensitif dalam perlembagaan kita... sayang seribu kali sayang.. macam x d langsung orang Islam yang nampak apalagi faham perkaitan ini... Ia maslahat umat.. bukan untuk orang Islam saja.. tapi semua rakyat Malaysia juga :)

mari mendasarkan hukum... pasti selamat.. :)

antara 'EXPECTANCY' dan 'PENCAPAIAN'  

Posted by wanna in ,

Assalamualaikum w.b.t

hidup sebagai mahasiswa membuatkan hidup kita sentiasa sibuk dengan segala macam kerja dan assignment. tidak ketinggalan juga projek-projek yang dibuat untuk menghidupkan Universiti. projek-projek ini sememangnya membantu mahasiswa dalam meningkatkan kemampuan kendir. bahkan ketika mencari ahli-ahli untuk bersama-sama menjayakan program turut diselitkan janji-janji yang mahasiswa akan mendapat sekian-sekian pengalaman jika bersama-sama menyertai projek itu. saya tidak mahu mengulas panjang tentang ini.. namun saya tertarik ingin mengatakan tentang EXPECTANCY dan PENCAPAIAN dalam sesuatu program dan kesannya kepada mahasiswa...

Terdapat 2 jenis program, bottom-up dan up-bottom. Secara ringkas nye 'bottom-up' adalah program yang mahasiswa sendiri ingin adakan dan 'up-bottom' adalah program yang di 'assign'kn oleh sesuatu pihak untuk dijalankan oleh mahasiswa. saya tertarik ingin mengupas tentang EXPECTANCY dan PENCAPAIAN melalui hemat dan pengalaman tentang  saya yang sedikit ini berada dalam kedua-dua jenis program ini...

BOTTOM-UP
program ini boleh dikatakan seluruhnya dari mahsiswa. Mahasiswa menjalankan program ini dengan kehendak mereka sendiri. Mereka akan cuba menjalakan program ini dengan segala kemampuan mereka sendiri. Jika dilihat dari aspek EXPECTANCY, dalam program ini diletakkan oleh mahasiswa sendiri. Mereka sendiri yang akan cuba dengan segala kemampuan mereka untuk mencapai apa yang mereka boleh capai setinggi mungkin untuk  program berkenaan. PENCAPAIAN mereka pula adalah untuk dinilai oleh mereka sendiri. adakah mereka berpuas hati dengan usaha yang mereka telah letakkan untuk program2 berkenaan

UP-BOTTOM
program ini juga boleh dikatakan sebagai program wahyu yang datang dari suatu pihak seperti pentadbiran universiti misalnya. program ini datang dengan EXPECTANCYnya yang tersendiri dari pihak atasan. mahasiswa selaku penggerak kepada program ini harus sedaya upaya memenuhi EXPECTANCY itu tadi. PENCAPAIAN mereka dalam program itu juga dinilai oleh orang atasan mereka samada mencapai EXPECTANCY atau tidak. jika tidak, mereka biasanya akan dianggap gagal memenuhi kehendak orang atasan mereka.

itu 2 situasi saya tunjukkan perbezaan 'working environment' dalam kedua-dua program ini. persoalan yang ingin saya timbulkan sekarang, apakah impaknya pada mahasiswa? -saya menjawab melalui pengalaman sajer-

Apabila kita dikehendaki untuk bekerja demi memenuhi EXPECTANCY sesuatu pihak, tekanan kerja itu akan menjadi lebih. tekanan yang lebih ini memberi impak yang berbeza kepada mahasiswa mengikut individu. Itu yang kadangkala dapat kita dengar perkara seperti tidak cukup tidur, tak sempat buat assignment dan macam-macam lagi. Ada juga yang positif seperti banyak belajar untuk memenuhi EXPECTANCY, belajar kerja dengan modal yang sedikit dan mendapat hasil berlipat kali ganda dan pelbagai lagi.

Saya secara individu tidak begitu menggemari memenuhi EXPECTANCY manusia lain. Kerana saya ada kemampuan saya sendiri dan ada 'stake' saya sendiri sebagai mahasiswa. Saya tidak sanggup mengorbankan sedikit pun 'stake' saya sebagai mahasiswa unutuk memenuhi PENCAPAIAN yang dikehendaki orang lain. Walaupun saya tidak nafikan dengan tekanan dari luar yang lebih, kita akan cuba mengatasi batasan diri untuk mengejar PENCAPAIAN itu. Namun dengan cubaan mengatasi keupayaan diri itu, saya dapati, tidak berbaloi saya curahkan semata-mata untuk memenuhi EXPECTANCY pihak luar kerana saya sekarang mahasiswa yang ada 'core business' saya sendiri....

-transparent.. dat is s0o me.. (^_^)- 


perlukah pembangkang?? perlukah kerajaan?  

Posted by wanna

salam 'alaik...

bila bercakap mengenai politik.. sudah pasti saya ini hanya insan kerdil yang tidak perlu diambil kira pun... namun hati ini tetap terasa apabila perbalahan antara puak2 berpolitik berlaku... 

Malaysia yang mengamalkan demokrasi berparlimen dan Raja  Berperlembagaan ini sudah pasti dikuasai politik kepartian yang sungguh kuat..... dalam poltik kepartian.. kebenaran sudah tidak lagi utama.. yang penting adalah parti itu dapat menguasai rakyat jelata....

Yang membangkang akan mengatakan si pemerintah begitu dan begini... pergi ke ceramah pembangkang.. akan dapat didengari pelbagai kutukan dan serangan terhadap dasar yang dianjurkan kerajaan.. sedangkan, dalam setandan, x semuanya busuk.. x kiralah orangnya kah... mahupun tindakannya... tapi disebabkan gah dengan ideologi... semua kebaikan pihak kerajaan sudah tidak bermakna lagi.. seolah-olah.. jika kerajaan ini dimiliki mereka, maka aman makmurlah segala... Pembangkang telah didiskriminasi!! kami x diberi belajar oleh kerajaan! tanah kami dirampas oleh kerajaan! kerajaan sekat hak kebebasan bersuara kami!!

Yang kerajaan pula tanpa henti-henti dan tanpa segan silu mengatakan... mereka x pernah buat sebarang kesilapan... lihat saja.. pernah kita lihat kerajaan mohon maaf kepada mangsa-mangsa PPSMI  seperti saya? bahan eksperimen gagal bagi negara ni... ataupun mengakui kelemahan yang ada pucuk pimpinan seperti rasuah dan sebagainya.. yang kene tangkap pun sekarang dan jadi wakil rakyat balik... Pembangkang dalam negara ini adalah penkhianat!! mereka x diperlukan!! tekan saja mereka... jangan bagi mereka ruang dalam televisyen.. pembangkang ini golongan yang x bersyukur dengan segala kemudahan yang telah diberikan kerajaan!!

Isu LL4G beberapa minggu lepas saja yang menampakkan sedikit kebersamaan kedua-dua pihak ini dalam pemerintahan.. dalam hal lain?? segala nya mesti mengikut parti.. ibaratnya... x perlu ada kerusi yang banyak dalam parlimen.. letak saja 1 kerusi kerajaan, 1 kerusi pembangkang dan beberapa kerusi ahli parlimen bebas yang lompat parti... senang.. dah tawu dah pendirian setiap ahli parlimen ni.. x payah susah-susah nak letak ramai-ramai dalam dewan.. x perlu pindah ke Putrajaya International Convention Centre (PICC) pun x mengapa....

saya yang kecil ini seakan-akan tidak bermakna dalam negara ini... yang penting hanyalah parti-parti mereka... asalkan saya sokong mereka... semua nya tidak ada masalah... kalo bangkang pembangkang.. nnt kena label anjing kerajaan.. kalo sokong pembangkang jadi pengkhianat negara...

anda pilihlah nak jadi yang mana satu...


konsistensi melambangkan keikhlasan  

Posted by wanna

Assalamualaikum..

sejak akhir-akhir ini.. terlalu banyak yang telah berlaku.. sedar ataupun tidak... jika kita konsisten mengambil tahu semua nya... akan terasa kerdil lemah dan tidak mampunya diri ini untuk segala isu itu... soal konsistensi bukan dalam sesetengah isu saja perlu diukur.. malahan setiap ceruk bidang hidup kita memerlukan konsistensi nya... ada yang memanggilnya disiplin.. ada yang mengatakan ia istiqamah.. apapun.. displinkah kita? istiqamah kah kita? konsisten kah kita?

Dalam posting ini.. saya tertarik hendak menyentuh isu LifeLine 4 Gaza (LL4G) yang terjadi baru-baru ini.. eh.. baru ke???.

Berbagai reaksi dan ragam dapat dilihat ketika isu ini masih  hangat diperkatakan... jika di Malaysia, isu ini disulamkan dengan beberapa isu lain seperti penyambungan kes arwah adik Aminurasyid dan pengHALALan judi di negara tercinta.. x kisahlah.. berbalik pada isu LL4G tadi.. di sidang parlimen kita.. pertama kali setelah sekian lama.. dapat kita saksikan perkongsian pendapat yang senada dari kerajaan dan pembangkang.. walaupun berlainan resolusi.. namun kesatuan suara menempelak tindakan zionis laknatullah itu ada... ada yang mencadangkan ditubuhkan angkatan tentera OIC.. ada yang hanya mampu mencadangkan untuk hantar surat bantahan... Xpela.. asalkan cadangan-cadangan itu kita raikan semuanya.. baik tujuannye kan..

namun yang sedikit membingungkan, konsistensi itu nampak sedikit goyah apabila pemimpin tertinggi kita yang mewakili seluruh negara kita... yang pada awalnye menempelak suam-suam  kuku tentang isu LL4G.. tetapi x sampai seminggu lepas tu.. ini pula kenyataan beliau..

"saya menyeru kepada negara-negara ASEAN untuk meningkatkan hubungan usaha sama dengan Amerika dan Rusia"

percaya ataupun tidak... tidak ada siapapun dapat menafikan hubungan inim luar nikah antara Amerika dan Israel.... Amerika telah menggunakan lebih 200 kali kuasa veto nya untuk kepentingan Israel... Russia?? xpew  ke? untuk pengetahuan semua... lebih separuh pendudukan yahudi di Israel pada kemasukkan haram besar-besaran adalah dari Rusia... 

sungguh... saya sedih melihat ketidak konsisten pendirian ini.. risau... sungguh risau... 

wahai bangsaku... 
kamu pendokong agama ku.. 
pemelihara akidah ku.. 
penjaga kemaslahatanku..
sedarlah...


banGsa  

Posted by wanna

anak kecil main api
terbakar hatinya yang sepi
air mata darah bercampur keringat
BUMI DIPIJAK MILIK ORANG

assalamualaikum... sepanjang cuti ni... ini la perkara yang paling bermakna yang saya lalui.. suatu pengalaman yang sungguh bermakna.. kami di ajar tentang jati diri.. diterapkan nilai semangat perjuangan bangsa.. 

anda pergi saja lah ke mana2 ceruk universiti mahupun pusat pengajian tinggi.. x kn anda temui kursus seperti ini.. dijalankan kepada mahasiwa dengan kacamata mahasiswa kerana pelaksananya mahasiswa.. bagi sesetengah orang.. semua ini buang masa... perjuangan ini sia-sia.. namun bagi saya.. ada maknanya.. kita yg kecil ini mungkin sukar memahami kebesaran disebaliknya.. 

rangkap di atas menggambarkan secara ringkas tentang semangat apa yang diterapkan kepada kami sepanjang kursus.. sungguhpun kita  mungkin mempunyai fahaman dan perjuangan berbeza.. namun jati diri pada seorang itu tetap sama penting... semuga ia menjadi salah satu lagi benteng diri selepas pertahanan yang lainnya... 

salahkah bangsa ini?? salahkah perjuangan bangsa ini? salahkah membangsakan semula bangsa yang kian hilang identiti nya.. jika tiada identiti... bagaimana mahu berkenal-kenalan?

p/s: hanya orang2 tertentu saja yang faham maksud semuanya..

Hari Belia 2010  

Posted by wanna

Assalamualaikum..

tanpa sedar, sudah hampir 2 bulan saya membiarkan blog ini sepi tanpa sebarang post.. Jadi bagi memulakan semula langkah kecil saya dalam berblogging, saya ingin berkongsi sedikit berkaitan dengan dapatan saya ketika menghadiri 'Sambutan Hari Belia Negara 2010'.

Sambutan kali ini amat berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya.. kali pertama dalam tempoh 42 tahun, Hari Belia disambut dengan kemeriahan yang sungguh luar biasa sekali.. Sambutan 3 hari yang berlangsung di beberapa presint-presint Putrajaya bermula dari 14 hingga 16 jun..

Saya berkesempatan untuk menyaksikan acara kemuncak yang diadakan pada hari ini, 15 jun 2010 di PICC.. SUNGGUH!!! saya kagum... seawal pagi saya menyertai Konvensyen Belia Kebangsaan 2010... ia membincangkan tentang prestasi belia marcapada.. Oleh itu suka untuk saya kongsikan fakta yang harus kita fikirkan bersama..
 dari 11.62 juta belia, 1.92 juta menyertai kegiatan pertubuhan.. 

angka di atas jelas menunjukkan belia di Malaysia masih kurang memberi perhatian pada 'social obligation' yang sepatutnya didokong oleh semua rakyat Malaysia.. fakta ini tidaklah mengejutkan sebenarnya.. kita boleh lihat sendiri trend yang ada di universiti... bilangan mahasiswa yang semakin bertambah tidak pula diimbang dengan kadar penglibatan yang tinggi dengan sebarang aktiviti. Sesiapa saja yang pernah menganjurkan program pasti mempunyai masalah dalam mendapatkan komitmen urusetia mereka.. jangankan kata ingin menjadi AJK.. mahu suruh join program pun liat.. walhal menganjurkan sesuatu program itu berkali ganda lebih sukar dari hanya menyertainya saja.. 

fikir-fikirlah sahabat,,